Lubuk Timah [siri balas dendam]

Ajak-ajak ayam menjadi KFC yg sedap hingga menjilat jari apabila plan ke Lubuk Timah kali kedua hampir menjadi kenyataan. kenapa hampir? afiq telah menemui satu tempat baru iaitu Ulu Chepor yang mana hampir sejam dari UTP. Perjalanan bermula selepas makan tengah hari kerana makan di UTP ternyata lebih murah. Namun kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, sepemergiaan ini bukan sahaja dikalangan ahli penduduk Sebuah Rumah, tapi juga disertai oleh jiran di tingkat atas iaitu saudara ahmad syafiq atau lebih senang dengan panggilan "tokey" dan saudara norazman atau bergelar "jeme" . Kerana tiada yuran penyertaan dikenakan, penyertaan mereka diterima di saat akhir. Tak lupa jiran dari blok sebelah iaitu Azri yang menyimpan impian berbasikal ke Kuala Lumpur.

Perjalanan bermula, sepanjang perjalanan Arjuna tidak mengetahui apa yang berlaku kerana Arjuna hanya mendengar lagu yang sedap dan cute nyanyian sebuah kumpulan perempuan dari korea, T-ARA. Terjaga saja dari tidur sudah hampir sampai. Turun la, apa lagi tunggu. Setelah ditinjau "port" dulu telah dicuri, maka bergeraklah kami mencari persinggahan baru kerana hanya jauhari mengenal manikam.

Setelah "port" baru ditemui. Apa yang terjadi janganlah ditanya. Bak kata pepatah sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

port baru di Lubuk Timah


dua tiga kucing berlari manakan sama si kucing belang,
tp kt sini bukan 2 atau 3 tp 7 ok...


mendengar guruh di langit, air di tempayan jangan dibuang.
kenapa si kucing bermuram durja, air terlalu sejuk?


vote 1-5 best ke x?
1=paling xbest
5=paing best


sebab mcm best..lagi sekali...


bukan saja mandi, duduk pown best...


....


peace...


banyak pulak censored kali nie...

pulangnya dari Lubuk Timah sememangnya seperti dikatakan tadi. Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Kami singgah pula ke Tesco untuk MAKAN sekali lagi sambil shopping tingkap, pintu, bumbung dan tangga. Banyak juga disedekahkan di Tesco.

sekian,
Jika anda hendak memenuhkan hujung minggu anda, tirulah kami. Amalkan budaya dan aktiviti yang sihat. Janganlah membuang masa dan wang ada di tempat yg xsepatutnya. Hargailah Alam...

jika ada sumur di ladang boleyh qusyei menumpang mandi, jika ada umur yang panjang dan masa yang terluang, pasti Arjuna menulis lagi...

dengarlah lagu cinta arjuna. download di DC blok masing2..

p/s:pada yg xdpt join kali nie..jgn jelezzzzz
2 Responses
  1. ridhwan Says:

    tuttttt...~
    perkataan censored sebab xpat ikowt..~


  2. lain kali yer uncle...rileks2....