bakal ibu mertua...
sewaktu kali pertama kau melihatku
senyuman ikhlas mu itu masih ku ingat
kemudian kau diam membisu
ku fikir kau tak suka
aku keliru
bakal ibu mertua...
aku membawa diri
satu tahun
dua tahun
tidak menjeguk di istanamu
kau mula bertanya pada puterimu
menjemput aku
bakal ibu mertua...
maafkan ku
saat itu ku benar2 keliru dengan hatiku
keliru dengan perasaan puterimu
aku malu pada dirimu
kerana aku dianggap pengkhianat cinta
puteri kesayanganmu
bakal ibu mertua...
Tuhan itu Maha Agung
sekali lagi Dia hadirkan cinta dalam diriku
juga dalam hati puterimu
kita kembali bersua
aku kekok
bakal ibu mertua...
pada saat aku tiba
kau menyebut jelas namaku
"Alhamdulillah" terbit dari bibirmu
jelas betapa syukur dirimu pada ketentuan
bakal ibu mertua...
biarpun semuanya nampak indah semula
namun aku belum sempurna dihati puterimu
walaupun aku ingin sekali dalam hatiku
menjadikan dirimu ibuku
puterimu akan tentukan
aku rela menunggu
bakal ibu mertua...
kau doakanlah supaya
aku akan menjadi sebahagian dari keluargamu
yang akan menjaga nama baik
dan memartabatkan ketaqwaan kita bersama
dalam menagih redha Ilahi...
bakal ibu mertua...
agk2 r weih
suka hati r...
nie ikhlas la....hehehe
bapak mertua xde ke??