Maharaja Kucin vs Maharaja Beruk






VS








Abstrak: Kisah epik seekor kucing yang dinobatkan sebagai maharaja setelah menyelamatkan maharaja beruk daripada perangkap sang manusia. Merupakan kesinambungan daripada teater Maharaja Beruk. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maharaja Beruk sila klik sini

Kejadian 1: Beruk menyerang perkampungan manusia
Kawasan perkampungan lima K telah beberapa kali diserang kumpulan perompak dan lanun daripada kerabat beruk. Mereka menceroboh sekaligus memporak-perandakan perkampungan manusia. Habis makanan dicuri malahan tong sampah juga di tunggang-terbalikkan.


Kejadian 2: Kebijaksanaan manusia
Serik dan panas dengan kejadian tersebut, tertubuhlah suatu pakatan yang dinamakan Perhilitan telah dibuat dengan objektif utama untuk memasang perangkap untuk menangkap beruk yang membuat onar tersebut.


Kejadian 3: Mahajara Beruk tertangkap!!

Tidaklah beberapa lama kemudian tertangkaplah seekor beruk didalam perangkap tersebut. Namun tiada siapa yang menyangka bahawasanya mereka telah tertangkap Maharaja Beruk ketika beliau keluar berburu. Disangka Maharaja Beruk rezeki datang bergolek, rupa-rupanya umpan yang telah pakatan Perhilitan sediakan, maka murkalah Maharaja Beruk.

Kejadian 4: Sang kucing

Sejak dari zaman kegemilangan Melaka lagi telah diketahui bahawasanya sang kucing telah berkhidmat dibawah manusia. Malahan kekuatan Hang Tuah juga pernah dikatakan berasal daripada kucingnya yang bernama Taming Sari yang kebetulan sama namanya dengan keris beliau. Maka apabila diketahui dek sang kucin perihal perompak beruk menggangu manusia maka dendamlah sang kucin kepada beruk.

Kejadian 5: Perjanjian Brooke-Cat (klik untuk isi kandungan perjanjian)

Maharaja Beruk mulai putus harapan apabila kerabatnya sendiri tidak mampu mengeluarkan beliau daripada perangkap tersebut, beliau mula meminta pertolongan sesiapa sahaja. Sang kucing yang tiadalah sampai hati melihat Maharaja Beruk berpanas berhujan tiada makan dan minum membuat perjanjian Brooke-Catdimana sang kucin menyelamatkan Maharaja Beruk daripada perangkap manusia dan sang kucin dinobatkan sebagai Maharaja Kucing!

Sekian.