Malam ini gelita hidupku gamat menjelma
Aku menanti siang untuk kembali norma
Bingkas bangun, terduduk aku ditepi jendela
Menyingkap semula kejadian silam yang pernah ku ada
Mengapa.. Mengapa.. Mengapa..
Setelah sekian lama
Baru kini terngiang semula
Cuba untuk ku lupa
Tapi rasanya baru semalam bermula
Hidupku mulai menampak dunia
Tapi dikoma dengan noda-noda manusia
Mengapa begitu kejamnya dunia yang ada
Aku yang lemah terus lemas di udara
Yang kuat terus memakan mangsa
Aku bagaikan seorang hamba
Berjalan dibumi perewa
Cuma sekadar tumpang mengucup haruman bunga
Tapi gumpalan hampas yang aku terima
Dulu hidupku mulia
Sekarang hanya penuh dusta
Dusta kepada keluarga
Dusta kepada PENCIPTA
Hari pertama aku melangkah di kota raya
Biarpun berbaur cemas dan gelisah di dada
Namun enteng ku menapak muka
Hanya kerana senyumannya
Lebar menyambut aku mara
Tapi dia hanyalah bertopengkan manusia
Syaitan laknat telah mengawal mindanya
Menjadikan dia sebagai boneka bernyawa
Merampas pusaka manusia yang lara
Aku kini hidup sebatang kara
Rapat dengan dunia jauh dari nyawa
Gelut terhadap perkara yang sebenarnya
Lancang mengeluarkan dusta
Walaupun diriku sudah gelap gelita
Tetapi hatiku masih ada sedikit cahaya
Mungkin berkat ibu bapa
Yang selalu berdoa untuk anaknya
Aku menghela runtuhnya jiwa
Aku berbekam kotoran dunia
Bersyukur aku penyelamat datang tiba
Yang masih lagi membenarkanku berada di bumi yang nyata
Walaupun aku masih melata
Tapi semangat berubah sentiasa ada
Alhamdulillah aku berjaya lolos dari sejarah lama
Membina tiang di alam buana
Kini baru ku rasa
Nikmatnya merendah jiwa
Hidup yang hina sudah lupus selama-lamanya
Hanya berdoa keampunan dari-NYA
RENUNG-RENUNGKANLAH
Dr. Fadilah Kam-to-me
Aku menanti siang untuk kembali norma
Bingkas bangun, terduduk aku ditepi jendela
Menyingkap semula kejadian silam yang pernah ku ada
Mengapa.. Mengapa.. Mengapa..
Setelah sekian lama
Baru kini terngiang semula
Cuba untuk ku lupa
Tapi rasanya baru semalam bermula
Hidupku mulai menampak dunia
Tapi dikoma dengan noda-noda manusia
Mengapa begitu kejamnya dunia yang ada
Aku yang lemah terus lemas di udara
Yang kuat terus memakan mangsa
Aku bagaikan seorang hamba
Berjalan dibumi perewa
Cuma sekadar tumpang mengucup haruman bunga
Tapi gumpalan hampas yang aku terima
Dulu hidupku mulia
Sekarang hanya penuh dusta
Dusta kepada keluarga
Dusta kepada PENCIPTA
Hari pertama aku melangkah di kota raya
Biarpun berbaur cemas dan gelisah di dada
Namun enteng ku menapak muka
Hanya kerana senyumannya
Lebar menyambut aku mara
Tapi dia hanyalah bertopengkan manusia
Syaitan laknat telah mengawal mindanya
Menjadikan dia sebagai boneka bernyawa
Merampas pusaka manusia yang lara
Aku kini hidup sebatang kara
Rapat dengan dunia jauh dari nyawa
Gelut terhadap perkara yang sebenarnya
Lancang mengeluarkan dusta
Walaupun diriku sudah gelap gelita
Tetapi hatiku masih ada sedikit cahaya
Mungkin berkat ibu bapa
Yang selalu berdoa untuk anaknya
Aku menghela runtuhnya jiwa
Aku berbekam kotoran dunia
Bersyukur aku penyelamat datang tiba
Yang masih lagi membenarkanku berada di bumi yang nyata
Walaupun aku masih melata
Tapi semangat berubah sentiasa ada
Alhamdulillah aku berjaya lolos dari sejarah lama
Membina tiang di alam buana
Kini baru ku rasa
Nikmatnya merendah jiwa
Hidup yang hina sudah lupus selama-lamanya
Hanya berdoa keampunan dari-NYA
RENUNG-RENUNGKANLAH
Dr. Fadilah Kam-to-me
post nie bagus utk menginsafkan diri
hamba ALLAH yang lagi hina+melakukan kesilapan
xpaham..