Pegangan yang dibina untuk 2 jam

Telah lahir seorang anak melihat dunia pada masa itu jua telah terbeban kepadanya impian dan harapan si ibu dan si bapa ingin membesarkan anak ini dan menjadikan anak ini seorang anak yang hebat dimuka bumi. mungkin seorang "Doktor, Majistret atau Lawyer dan pastinya bukan Ahlil Muzik".

anak yang seperti kain putih ini pula diwarnakan oleh ibu bapa, keluarga dan persekitaran membentuk identiti dan siapa dirinya sekarang. andai dibesarkan untuk menjadi seorang yang berjaya duniawi maka duniawilah yang diperolehi andai dibesarkan untuk menjadi seorang yang berjaya ukhrawi maka keduanya akan diperoleh.

seperti mana ibubapa yang terlepas pandang dalam hal-hal sebegini munkin. adakalanya keputusan dihelaian kertas berupa 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM lebih menggembirakan hati dari melihat anak menunaikan solat tepat pada waktunya. Perkara ini serius berlaku dimana terdapat kes ibubapa menjanjikan hadiah bagi kecemerlangan pendidikan bukan pula kecemerlangan ibadah anak anak mereka.

"alaahh mereka belajar agama di sekolah"

wajarkah sekadar terbinanya pegangan anak kita setelah belajar hanya 5 jam seminggu tentang Agama dan pegangannya. pegangan yang terbina hanya untuk 2 jam peperiksaan.

meningkat dewasa si anak mula sedar akan pegangannya selama ini tidak memberi kebahagiaan yang diimpi. ada orang lain, tidak tinggal di rumah besar sepertinya, tidak memandu kereta mewah sepertinya tidak pula mempunyai harta sebanyak dirinya. Namun kebahagiaan jelas terpancar dari wajah mereka. mereka merasa cukup dan senang dengan apa yang mereka miliki. Suami dan isteri dapat menunaikan tanggaungjawab dan hak masing-masing.

Anak ini mula mencari kebahagiaan yang sama berbekalkan pegangan yang terbina untuk 2 jam dahulu beliau mula mencari si pemakai jubah dan si pemakai serban untuk membimbing beliau menuju kebahagiaan yang dicari. Namun Si anak tidak celik, si pemakai jubah dan serban rupanya musang berbulu ayam yang hanya pandai mengambil kesempatan.

Ayah Pin antara yang dicari.

kasihan si Anak tersungkur yang di pintu syurga.

si Ibu dan si Bapa atau bakal tidak lama lagi, sila renung-renungkan dan selamat beramal.
kita mahu anak kita menjadi Doktor, bentuklah dia menjadi Doktor untuk Agamanya, Bangsanya dan Negaranya. begitulah jua seterusnya...

sekian.
0 Responses