anak yang seperti kain putih ini pula diwarnakan oleh ibu bapa, keluarga dan persekitaran membentuk identiti dan siapa dirinya sekarang. andai dibesarkan untuk menjadi seorang yang berjaya duniawi maka duniawilah yang diperolehi andai dibesarkan untuk menjadi seorang yang berjaya ukhrawi maka keduanya akan diperoleh.
seperti mana ibubapa yang terlepas pandang dalam hal-hal sebegini munkin. adakalanya keputusan dihelaian kertas berupa 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM lebih menggembirakan hati dari melihat anak menunaikan solat tepat pada waktunya. Perkara ini serius berlaku dimana terdapat kes ibubapa menjanjikan hadiah bagi kecemerlangan pendidikan bukan pula kecemerlangan ibadah anak anak mereka.
"alaahh mereka belajar agama di sekolah"
wajarkah sekadar terbinanya pegangan anak kita setelah belajar hanya 5 jam seminggu tentang Agama dan pegangannya. pegangan yang terbina hanya untuk 2 jam peperiksaan.
meningkat dewasa si anak mula sedar akan pegangannya selama ini tidak memberi kebahagiaan yang diimpi. ada orang lain, tidak tinggal di rumah besar sepertinya, tidak memandu kereta mewah sepertinya tidak pula mempunyai harta sebanyak dirinya. Namun kebahagiaan jelas terpancar dari wajah mereka. mereka merasa cukup dan senang dengan apa yang mereka miliki. Suami dan isteri dapat menunaikan tanggaungjawab dan hak masing-masing.
Anak ini mula mencari kebahagiaan yang sama berbekalkan pegangan yang terbina untuk 2 jam dahulu beliau mula mencari si pemakai jubah dan si pemakai serban untuk membimbing beliau menuju kebahagiaan yang dicari. Namun Si anak tidak celik, si pemakai jubah dan serban rupanya musang berbulu ayam yang hanya pandai mengambil kesempatan.
Ayah Pin antara yang dicari.
kasihan si Anak tersungkur yang di pintu syurga.
si Ibu dan si Bapa atau bakal tidak lama lagi, sila renung-renungkan dan selamat beramal.
kita mahu anak kita menjadi Doktor, bentuklah dia menjadi Doktor untuk Agamanya, Bangsanya dan Negaranya. begitulah jua seterusnya...
sekian.
"Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa perlu aku buat?"
Baginda menjawab;
"Katakanlah, 'Allahumma innaka 'afuwun kareem tuhibbu al-'afwa fa'fu'anni (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani untuk mengampun, maka ampunilah aku)"
tarikh : beberapa hari lepas
...
ustaz : sekian sahaja tazkirah ringkas ana, harap semua tuan2 dan puan2 dapat pahamlah sempena kita nak teruskan berpuasa nie. ada sebarang soalan?
org kampung : ustad, saya nk tanya, besala bulan2 posa nie ustad saya nk tanya, antara smayang terawikh 8 ngn 20 mana satu yg paling baguih?
ustaz : hahahaha, nie soalan femes posa tahun nie, tahun2 lepaih bila saja ana bg tazkirah pasai posa. soalan2 jenih korek idung, gosot gigi, lupa niat. tahun nie nampaknya orang ramai dah cerdik dah. tahun nie tak dengaq dah soalan tue. berbalik pada soalan td smayang terawikh 8 ngn 20 mana baguih? jawapan dia, dua2 baguih. haaa kalau tanya ana, ana kata dua2 baguih. pasai apa? pasai dua2 sunnah dan Allah saja yang memberi ganjaran sbb pada ana bilangan rakaat tue hanyalah bilangan rakaat yang penting adalah kualiti daripada solat tue. kalau lepas smayang 20 pown lepaih tue duk pi melepak kedai kopi sampai tgh malam, tinggai anak bini kat rumah, xda makna jgk smayang sampai 20. tp kalau smayang 8 pun smayang td berkualiti maka itu lebih bermakna. orang islam sekarang nie suka sangat berbincang pasai perkara furuq. smayang terawikh nie sunnah saja. jadi xpayah duk berkelai pasai mana lagi baguih tp bincang pasai kualiti solat kita.
KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
1. Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
2. Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
3. Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
4. Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
5. Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
6. Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
7. Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
sekian
- inspirasi arjuna -
Assalamualaikum..lame gile da x tulis nie.smpai da ade yg bertanya..xpe2..name pn saudagar sepi.kne la menyepi kn..
so post nie xnk cter pnjang..dlm umah nie slalu dgr keluhan "kenapa aku nie kurus sgt?"..
"kenapa aku nie boroi sgt?".."knp la bdan aku x tough?".."knp la aku nie cpt sgt sakit?".."knp la aku nie bantut?".. hmm mcm2 lg la..sbb ape korg rse ek?boroi sbb mkn byk?kurng bersenam?slalu sakit sbb nk x mkn vitamin or sje nk jumpe jururawat UTP??ntah la korg pkir la sendiri..tp mungkin cara pemakan kita yg salah menyebabkn kite jd cm2..
JADi..kt sini aku nk kongsi la sikit pasal cara pemakanan Rasulullah S.A.W..kte pn tahu rasul kita nie seorang yg gagah,hensem,hebat dan jarang mendapat penyakit..sbb nye baginda mengamalkan pemakan seperti...Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Cinta dan nafsu bagaikan dua saudara kembar yang sulit dipisahkan. Cinta kadangkala membuat seseorang menjadi buta dan mendewakan ‘hawa nafsunya’ daripada akal sihatnya. Cinta dapat membuat seseorang mabuk dan mengorbankan kehormatan dan norma dirinya sendiri. Cinta membuat seorang raja bagaikan seorang hamba sahaya dan cinta seringkali diatasnamakan oleh orang-orang yang mengejar kenikmata untuk memuaskan hawa nafsunya belaka.
Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta antara dua anak manusia tetapi islam mengajarkan untuk menempatkan perasaan cinta itu dalam tempat yang sewajarnya. Islam mengajarkan bahawa kecintaan kepada Allah dan Rasul-NYA haruslah lebih utama daripada kecintaan kepada lawan makhluk
Dengan memiliki kecintaan ini nescaya dua orang yang sedang saling mencinta akan tetap menjaga cintanya tetap suci jauh dari tingkahlaku yang dilarang Allah dan Rasul-NYA yang akan mengotori cinta itu sendiri. Kecintaan seperti inilah yang akan mengubati rasa sakit akibat cinta itu dan menumbuhkan perasaan kasih sayang yang tulus ikhlas.
Islam sangatlah melarang untuk menempatkan rasa cinta terhadap sesuatu diatas kecintaan bukan kerana Allah dan Rasul-NYA kerana kecintaan seperti itu hanyalah akan membawa malapetaka dan bukanlah kebaikan. Firman Allah SWT,
“ dan diantara mannusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman amat sangat cintanya kepada Allah” (Surah Al-Baqarah: 165)
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“tidaklah seseorang diantara kalian beriman sehingga aku menjadi orang yang lebih dia cintai daripada anak dan bapanya serta semua manusia” (HR Ahmad)
Kecintaan yang tulus kepada Allah dan Rasul-NYA memberikan ketenangan dalam hidupnya terhadap persoalan-persoalan cinta serta mengawal gejolak nafsunya kepada hal yang diredhai Allah. Kecintaannya kepada Allah dan Rasul-NYA yang mampu menahan godaan-godaan yang lebih diakibatkan nafsu berahi yang mampu menjerumuskannya dan kekasihnya ke jalan yan dimurkai Allah. Kerana cinta yang tulus dan murni itu datangnya hanyalah dari Allah sebagai sebuah fitrah yang harus disyukuri bukan diderhakai.
http://nursyirah.wordpress.com/2008/09/27/antara-cinta-dan-nafsu/
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..
GOOD LUCK EXAM
ADIOS TALAMUS