selepas hampir 540 tahun perlumbaan kedua berlalu dengan menyaksikan si arnab tewas buat kali kedua dengan sang kura-kura tua, masih terdengar kisah tersebut dan menjadi legenda yang diturunkan kepada anak cucu cicit haiwan haiwan di dalam hutan. sebagai cerita penghibur dikala tidur dan sebagai cerita pengajaran untuk menjadi haiwan yang bijak seperti tok kura, bukan tamak dan sombong seperti sang arnab. kaum kerabat tok kura bangga dengan legenda tersebut dan bangsa mereka dianggap antara bangsahaiwan yang paling bijak di dalam hutan selepas kancil manakala bangsa arnab pula dipandang sinis oleh penduduk hutan kerana kelakuan moyang mereka yang sombong dan bongkak.
***
perlumbaan ke 3 bakal berlaku tidak lama lagi akibat mulut ular yang jahat melaga-lagakan bangsa arnab dan kura-kura. bangsa arnab yang panas hati dengan legenda itu memang menanti saat ini beribu tahun sudah. dendam yang masih membara dan mengalir dalam setiap darah darah kaum arnab masih menyala dalam diam. kaum tok kura yang semakin hilang jati diri dan sedang mabuk dalam pujian dan sanjungan penduduk hutan kepada kaumnya masih tidak menyedari matlamat asal si ular berlidah cabang itu.
***
pengajaran dari perlumbaan kedua, laluan perlumbaan ke 3 ini ditentukan sendiri oleh raja rimba iaitu raja singa dengan bantuan menterinya helang tanpa sebarang bantahan dari kedua pihak yang akan bertanding.
***
UMINOMO wakil kaum arnab antara arnab yang paling berpengaruh dan arnab pertama yang memperkenalkan banyak kemajuan dalam kaum arnab. UMINOMO terpilih atas dasar kebijaksanaannya dalam merancang dan melaksanakan rancangan. PUSUMU pula wakil kaum kura kura juga wakil yang hebat dari kaumnya yang masih berpegang teguh dengan legenda dan terkenal dengan sifatnya yang berpandangan jauh dalam sesuatu keputusan. selepas perlumbaan kedua terdahulu kini kedua-dua kaum seakan bukan lagi bertanding fizikal tetapi akal siapa lebih panjang.
***
ngauman raja singa menandakan perlumbaan bermula. UMINOMO memang pantas, sekelip mata sahaja PUSUMU telah jauh ketinggalan, entah kemana ia mnyusup masuk kedalam hutan mengikut tanda merah pada pokok yang telah dicat kekal oleh pihak penganjur. bijak juga raja singa, penggunaan cat kekal pada pokok besar bermakna si UMINOMO tidak boleh menggunakan muslihat untuk mengubah atau menghilangkan tanda cat kekal untuk memerangkap PUSUMU yang jauh ketinggalan di belakang.
***
7 hari 7 malam pertandingan berlangsung. haiwan haiwan hutan masih menunggu di garisan penamat siapakah pemenang perlumbaan ke 3 yang seterusnya akan menjadi legenda ke 3 perlumbaan haiwan hutan sampai ke anak cucu cicit mereka kelak. hari ketujuh menuju senja, haiwan hutan ada yang beransur balik seakan kecewa dengan perlumbaan ini. ada juga sesetengah haiwan hutan berputus asa dan menuduh keduanya dibaham oleh pak belang sehinggakan timbul pergaduhan antara kaum pak belang di tempat pertandingan.
***
Itu dia!
kelihatan kelibat haiwan ganjil muncul dari laluan perlumbaan, senja yang gelap mengaburkan pandangan haiwan haiwan yang menunggu. semua haiwan gementar bercampur resah, tambahan kedua kaum yang masuk bertanding.
***
Mereka berdua!
perlumbaan tamat, si arnab berlari merempuh garisan penamat dengan memegang erat sang kura kura dengan kedua tangannya. penduduk hutan keliru dan mula bersuara.
***
Siapa menang?
menjadi tanda tanya sehingga raja singa terpaksa memanggil kedua peserta bersama semua menteri kabinetnya masuk bermesyuarat untuk menentukan siapa pemenang perlumbaan ke 3 ini.
***
raja singa keluar dari bilik mesyuarat dan mengumumkan
"kedua mereka memperolehi kemenangan ini"
seluruh haiwan bersorak akur dengan keputusan raja singa. kedua kaum yang asalnya tidak berpuas hati jua terpaksa akur untuk sama sama memenangi perlumbaan ke 3 ini.
***
Sekembali UMINOMO dan PUSUMU ke tempat masing disambut dengan pesta meriah oleh kaumnya meraikan kemenangan mereka dan mereka disoal, apa yang telah terjadi dan mengapa perlumbaan ini diakhiri dengan keputusan yang begitu mengejutkan semua haiwan. mereka pun bercerita..
"UMINOMO pantas berlari dan sangat berhati dengan jalan yang dilaluinya, takut terkena muslihat PUSUMU yang juga ingin menang dalam pertandingan ini. kemudian alangkah terkejutnya UMINOMO apabila dia terjumpa sebatang sungai yang sangat besar menghalang laluan pertandingan itu. maka dia berfikir dengan sangat lama bagaimana untuk menyeberangi sungai tersebut sampai dia terduduk dan terpaksa bermalam di tepi sungai tersebut. pada hari ke 4, PUSUMU yang tekedek kedek sampai ke tempat yang sama. melihat UMINOMO yang sedang mencari jalan untuk menyeberangi sungai tersebut. PUSUMU kasihan lalu menawarkan 1 idea untuk UMINOMO menyeberangi sungai dan meneruskan perlumbaan.
ideanya adalah, PUSUMU akan menyeberangi sungai sambil UMINOMO duduk diatas belakangnya dan kemudian UMINOMO akan berlari sambil memikul PUS diatas belakangnya sampai ke garisan penamat, dengan itu keduanya akan menang dimana UMINOMO mendapat kembali maruah kaumnya dan PUSUMU juga dapat mempertahankan maruah kaumnya. untung keduanya.
perjanjian dipersetujui, maka dengan itu PUSUMU dan UMINOMO tiba di garisan penamat sepertimana disaksikan oleh seluruh haiwan hutan sebentar tadi."
boleh ke macam nie?
apasal xbleyh plak...aku tulis boleyh jer..
mendalam mksd cerpen inspirasi ne..
ahakss...